Promosi bulan May 2011

Promosi bulan May 2011. Pakej Catering RM10 (Hanya sekitar Melaka). Pakej mengandungi : 1. Nasi Putih 2. Lauk 3 jenis (Daging masak lemak cili api, Ayam Goreng Berempah, Dalca \ Acar Mentah) 3. Sambal Belacan + Ulam. 4. Buah Oren 5. Air Campuran Sirap dan Oren 6. Khemah (Biasa dan Pengantin) 7. Bubur kacang 8. Pelayan 12 orang Syarat tempahan , jemputan haruslah dalam lingkungan 1000 ke atas. Walau bagaimanapun, lauk boleh diubah mengikut kehendak pelanggan berdasarkan persetujuan bersama.

Saturday, November 19, 2011

Minta maaf! Blog ketinggalan sungguh...

Assalamualaikum and salam sejahtera, minta maaf kerana tidak dapat update blog kerana terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan semenjak pengambilalihan syarikat baru.  Bila time nak update, kena research blog orang lain, betul tak? So I pun tengok blog kawan2...and then ..give up lah nak update.  Dah ketinggalan sungguh blog I nie. Patut tutup atau sub-con to expert...Let me think about it.  See you guys next time...eh! perasan macamlah ada org nak tengok blog I nie......I need to sub-con....fighting.

Wednesday, April 13, 2011

Tahun Penuh Harapan 2011

2011 Tahun Penuh Harapan.  Semoga tahun ini akan memberi ruang untuk kami terus maju .  Kepada semua pekerja anak emak "Tahniah" kerana berjaya menempuhi semua dugaan dan setia mengharungi segala cabaran dan kepada pekerja sambilan kami semoga sentiasa berjaya dalam segala karier yang dipilih (bersyukur sangat kerana kebanyakan mereka mendapat keputusan yang baik dalam SPM Woohooo). 

Tiga tahun lepas, kami terpaksa menutup blog kami kerana ingin menumpukan kepada perniagaan yang baru bermula, kerja seharian dan bermacam-macam lagi.  Tapi kini setelah lebih yakin kami berani membuka blog ini semula kerana sudah bersedia untuk menerima tempahan sepanjang tahun tapi kami masih lagi selektif dalam pemilihan tempahan kerana mahu memastikan tahap perkhidmatan memuaskan para pelanggan.

Dengan telusnya kami lebih bersedia untuk menerima tempahan yang bersifat sederhana tetapi meriah dan sudah tentu memuaskan kehendak pelanggan kami.  Juadah yang disediakan adalah berdasarkan kehendak tuan rumah tetapi masih dalam kawalan budget tertentu.  Dan hasilnya win - win situation. 

Akhirnya, seperti yang kami war-war kan di awal coretan kami, semoga tahun ini membawa segala keberkatan dan kejayaan buat kami.  Kepada semua pelanggan kami yang setia, terima kasih atas sokongan yang diberi.  Selalulah melayari blog kami, kerana terdapat promosi-promosi tertentu yang kami tawarkan secara percuma seperti promosi pada bulan June kuih denderam sebanyak 400 bungkus (terdapat 3 keping dalam satu bungkusan berharga RM0.80) untuk di bawa balik oleh para tetamu.  Jangan lepaskan peluang!!..

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh berhubung terus dengan En. Abd Rahman Abu 016 2131100.