Promosi bulan May 2011

Promosi bulan May 2011. Pakej Catering RM10 (Hanya sekitar Melaka). Pakej mengandungi : 1. Nasi Putih 2. Lauk 3 jenis (Daging masak lemak cili api, Ayam Goreng Berempah, Dalca \ Acar Mentah) 3. Sambal Belacan + Ulam. 4. Buah Oren 5. Air Campuran Sirap dan Oren 6. Khemah (Biasa dan Pengantin) 7. Bubur kacang 8. Pelayan 12 orang Syarat tempahan , jemputan haruslah dalam lingkungan 1000 ke atas. Walau bagaimanapun, lauk boleh diubah mengikut kehendak pelanggan berdasarkan persetujuan bersama.

Tuesday, July 15, 2008

Sesuci Kasih.





Dear customer,

Say bye-bye to "Item to let go for the month of June" to our dear Customer "Ustaz". But there will be more "Item to let go" for next coming month. Don't forget to quick grab the opportunity.


BTW, below are job well done to one of my customer in Malacca. Happy viewing.....

There are 11 dulang hantaran and I charged her RM50 per dulang but above 9 dulang but not more than 11, I charge only RM500.









Gambar yang lain2 tu, tak sempat nak upload.
So my next project will be purple ...... sempat ke bulan 8 ya sebab nak ke Jakarta beli barang and kemudian ke Langkawi. Insyaallah sempat.






























Tuesday, July 8, 2008

Last Call - bunga dulang

Dear friends,

While waiting verification from one of the customer, I decided that to open my promotion until end of this month. Just RM70 you can get 7 types of bunga dulang (brown colour with a silver glitter on it and most important is ..it is a dip flowerrr....grap it now before someone else did....)

Byeee....

Friday, July 4, 2008

Contoh bunga pahar

Yati and friends,

Di bawah merupakan sebahagian sample bunga pahar yang ada dalam simpanan. Range harga adalah dari serendah RM1.50 - RM7















Bye.











Bunga Dip dan Jahitan Manik

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Bulan ini saya sibuk menyiapkan hantaran pertunangan dan jahitan manik untuk baju kurung. Hantaran pertunangan adalah bertemakan putih dan sedikit kehijauan dan warna perak. Hantaran adalah untuk pihak lelaki.

Oh by the way, there is new shop in town "Dios Astana" situated at Puchong Prima in front of Petronas. The address as below:-

Dios Flowers & HandicraftA-03-13 & A-03-14, Block A,Pusat Perdagangan Puchong Prima,Jalan Prima 5/5,Taman Puchong Prima,47100 Puchong.

The website is www.diosastana.com.my

Kepada sesiapa yang bertanya mengenai harga telur asin ialah RM0.80 sebiji.

Bye..

Friday, June 20, 2008

Telur Asin dalam basket "Mysmall Delicious Shop - MDS"

Asslammualaikum dan Salam Sejahtera,


Sejak beberapa hari ini saya agak sibuk merancang majlis pertunangan yang berlangsung pada bulan 7 ini. Untuk pengumuman terdapat item baru yang kami sediakan untuk bakal pengantin atau apa jua majlis keramaian iaitu Telur Asin.



Sebarang permintaan untuk Telur Asin di Mysmall Delicious Shop hendaklah dibuat selewat-lewatnya 3 bulan sebelum majlis keramaian kerana kami akan memulakan proses mengumpulkan telur dan seterusnya meng"asin"kan telur sebulan setengah sebelum sesuatu majlis itu diadakan.



Sumber telur adalah dari hasil ternakan kami sendiri begitu juga dengan proses pembuatan Telur Asin.













Sekian. Jumpa lagi.....

Monday, June 16, 2008

Mysmall Delicious Shop

Selamat malam semua,

Mysmall Delicious Shop, merupakan langkah seterusnya untuk perkhidmatan yang akan ditawarkan. Merangkumi dari pembuatan makanan tradisional seperti denderam (cucur deram / kuih deram-deram), dodol (Melaka), Baulu, Kuih Bakar Berempah, Cakar Ayam sehinggalah biskut-biskut untuk menyambut sebarang majlis perayaan terutama sekali Hari Raya Puasa / Korban. Sebelum ini permintaan hanya dibuat untuk rakan-rakan terdekat serta keluarga tetapi saya cuba untuk memenuhi permintaan dari pelanggan-pelanggan lain juga.

Selain daripada itu, terdapat juga cincau yang dibuat oleh Puan Halimaton dari Alor Gajah, Melaka. Selalunya saya mengambil cincau tersebut untuk digunakan untuk perkhidmatan Catering kami.

Setiap penghantaran di dalam kawasan Kuala Lumpur (Klang Valley) dikenakan bayaran sebanyak RM10 sahaja.

Permintaan boleh dilakukan selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh penghantaran di mana bayaran deposit dibuat terlebih dahulu melalui Maybank2u atau di kaunter bank berkenaan.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah dihantar ke mynatrah@gmail.com

Sekian, salam hormat.

Friday, June 13, 2008

Segment baru - Idea Baru


Salam sejahtera dan ketemu lagi,


Pada hari ini terdapat segment baru yang dimasukkan iaitu segment "Rekaan / Idea baru". Segment ini bertujuan untuk memberi pilihan atau memberikan idea kepada bakal-bakal ibu, pengantin dan sesiapa sahaja untuk membuat atau mengubah rekaan sedia ada kepada yang baru. Terdapat beberapa pilihan yang boleh diambil untuk direalisasikan di majlis - majlis keramaian yang bakal diadakan.


Diharap ini dapat membantu mana-mana individu yang berminat dengan gubahan atau rekaan corak baru. antara corak-corak rekaan baru yang dipaparkan ialah sejenis bunga yang bernama "Bunga Sepenuh" (Sila lihat gambar di bawah):




Nama Melayu (Malay Name) : Bunga Sepenuh dari Keluarga AMARYLLIDACEAE atau sama juga dengan LILIACEAE. Nama lain untuk bunga ini ialah Brisbane Lily. Nama saintifiknya ialah Eurycles amboinensis (L.) Lindl. Saiz bunga adalah berukuran 4 cm. Gambar adalah dipinjam dari CS Ooi (http://members.tripod.com/flora-ma/ma/ameua01b.htm). anda boleh merujuk bahan berkaitan di alamat yang diberikan.

Tujuan utama saya mengambil ia sebagai salah satu sumber untuk gubahan ialah kerana keringkasa dan warna bunga tersebut. Ianya sesuai digunakan untuk majlis yang bertemakan warna hijau, putih dan kadang-kala bertemakan warna merah (disuai padan dengan majlis yang diadakan).

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi idea atau rekaan baru silalah emailkan kepada saya at mynatrah@gmail.com

Senyum selalu.

Sekian.

Thursday, June 12, 2008

Bunga Duit

Selamat ketemu lagi teman-teman serta pelanggan yang dihormati, hai semuanya........saja nak share koleksi saya. antaranya bunga duit / pokok duit yang sesuai dibuat untuk kenduri kahwin, berkhatan, kenduri akikah, bertunang, majlis marhaban atau pun khatam Al-Quran.

Kelihatan sungguh menarik jika dijadikan sebagai bunga pahar atau melawat/bertandang ke rumah pengantin lelaki atau perempuan. Setiap batang mengandungi RM1 (syiling). Kadang-kadang ada juga kaum ibu/mak andam/ perancang perkahwinan yang menggunakan duit syiling 1 sen dimana agak sukar didapati pada kini. Pada sesetengah orang mereka akan menganggap bahawa tiada harga atau tiada keistimewaan pada bunga pahar yang mengandungi duit 1 sen tetapi pada mereka yang sukakan keunikan ia adalah amat klasik sekali dan kelihatan sungguh cantik bila diletak di hadapan pelamin dan sebagainya. Lebih-lebih lagi ia boleh disimpan sebagai kenang-kenangan.

Buat masa ini saya masih tiada koleksi utk bunga duit yang mengandungi 1 sen. Mungkin saya akan membuatnya kemudian hari sementara masih ada simpanan 1 sen di dalam tabung! Di bawah merupakan pokok duit RM1 (menggunakan duit 20 sen dan 10 sen). Kepada sesiapa yang berminat bolehlah email kepada saya mynatrah@gmail.com.







Ada juga pelanggan atau ibu-ibu yang ingin membuatnya kerana kepuasan atau berniat untuk membuatnya sendiri untuk orang-orang yang dikasihi, saya berbesar hati untuk mengajar cara-cara membuatnya dengan kos pembelajaran yang rendah (termasuk bahan-bahan). Sebarang pertanyaan bolehlah dihantar ke mynatrah@gmail.com
Sekian, ketemu lagi di lain waktu.
Wassalam dan salam sejahtera.



Salam Perkenalan dan Istimewa

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada keluarga dan teman-teman sekalian. Rasa sungguh gumbira sekali kerana dapat bercerita di sini bersama hasil reka saya selama nie. Untuk pengetahuan semua, blog yang lama telah ditutup dan diganti blog yang baru ini. Tujuannya ialah untuklebih concentrate kepada perkhidmatan hantaran, bunga telur, catering dan sebagainya.

Sebagai tanda penghargaan kepada teman-teman, pembekal, serta pelanggan-pelanggan istimewa yang sentiasa memberi sokongan kepada saya, bermula bulan ini saya akan melepaskan atau membuat promosi untuk bunga telur atau bunga dulang dengan harga yang berpatutan.

Selain daripada itu, untuk bunga dip pelanggan-pelanggan boleh melukis sendiri bunga yang dikehendaki dan insyaallah saya akan cuba realisasikan dalam bentuk yang paling indah....

Akhir kata, terima kasih sekali lagi dan doakan saya dan kita semua terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi....suksess....