Sejak beberapa hari ini saya agak sibuk merancang majlis pertunangan yang berlangsung pada bulan 7 ini. Untuk pengumuman terdapat item baru yang kami sediakan untuk bakal pengantin atau apa jua majlis keramaian iaitu Telur Asin.
Sebarang permintaan untuk Telur Asin di Mysmall Delicious Shop hendaklah dibuat selewat-lewatnya 3 bulan sebelum majlis keramaian kerana kami akan memulakan proses mengumpulkan telur dan seterusnya meng"asin"kan telur sebulan setengah sebelum sesuatu majlis itu diadakan.
Sumber telur adalah dari hasil ternakan kami sendiri begitu juga dengan proses pembuatan Telur Asin.


Sekian. Jumpa lagi.....
No comments:
Post a Comment