Promosi bulan May 2011

Promosi bulan May 2011. Pakej Catering RM10 (Hanya sekitar Melaka). Pakej mengandungi : 1. Nasi Putih 2. Lauk 3 jenis (Daging masak lemak cili api, Ayam Goreng Berempah, Dalca \ Acar Mentah) 3. Sambal Belacan + Ulam. 4. Buah Oren 5. Air Campuran Sirap dan Oren 6. Khemah (Biasa dan Pengantin) 7. Bubur kacang 8. Pelayan 12 orang Syarat tempahan , jemputan haruslah dalam lingkungan 1000 ke atas. Walau bagaimanapun, lauk boleh diubah mengikut kehendak pelanggan berdasarkan persetujuan bersama.

Thursday, June 12, 2008

Bunga Duit

Selamat ketemu lagi teman-teman serta pelanggan yang dihormati, hai semuanya........saja nak share koleksi saya. antaranya bunga duit / pokok duit yang sesuai dibuat untuk kenduri kahwin, berkhatan, kenduri akikah, bertunang, majlis marhaban atau pun khatam Al-Quran.

Kelihatan sungguh menarik jika dijadikan sebagai bunga pahar atau melawat/bertandang ke rumah pengantin lelaki atau perempuan. Setiap batang mengandungi RM1 (syiling). Kadang-kadang ada juga kaum ibu/mak andam/ perancang perkahwinan yang menggunakan duit syiling 1 sen dimana agak sukar didapati pada kini. Pada sesetengah orang mereka akan menganggap bahawa tiada harga atau tiada keistimewaan pada bunga pahar yang mengandungi duit 1 sen tetapi pada mereka yang sukakan keunikan ia adalah amat klasik sekali dan kelihatan sungguh cantik bila diletak di hadapan pelamin dan sebagainya. Lebih-lebih lagi ia boleh disimpan sebagai kenang-kenangan.

Buat masa ini saya masih tiada koleksi utk bunga duit yang mengandungi 1 sen. Mungkin saya akan membuatnya kemudian hari sementara masih ada simpanan 1 sen di dalam tabung! Di bawah merupakan pokok duit RM1 (menggunakan duit 20 sen dan 10 sen). Kepada sesiapa yang berminat bolehlah email kepada saya mynatrah@gmail.com.







Ada juga pelanggan atau ibu-ibu yang ingin membuatnya kerana kepuasan atau berniat untuk membuatnya sendiri untuk orang-orang yang dikasihi, saya berbesar hati untuk mengajar cara-cara membuatnya dengan kos pembelajaran yang rendah (termasuk bahan-bahan). Sebarang pertanyaan bolehlah dihantar ke mynatrah@gmail.com
Sekian, ketemu lagi di lain waktu.
Wassalam dan salam sejahtera.



No comments: