Selamat malam semua,
Mysmall Delicious Shop, merupakan langkah seterusnya untuk perkhidmatan yang akan ditawarkan. Merangkumi dari pembuatan makanan tradisional seperti denderam (cucur deram / kuih deram-deram), dodol (Melaka), Baulu, Kuih Bakar Berempah, Cakar Ayam sehinggalah biskut-biskut untuk menyambut sebarang majlis perayaan terutama sekali Hari Raya Puasa / Korban. Sebelum ini permintaan hanya dibuat untuk rakan-rakan terdekat serta keluarga tetapi saya cuba untuk memenuhi permintaan dari pelanggan-pelanggan lain juga.
Selain daripada itu, terdapat juga cincau yang dibuat oleh Puan Halimaton dari Alor Gajah, Melaka. Selalunya saya mengambil cincau tersebut untuk digunakan untuk perkhidmatan Catering kami.
Setiap penghantaran di dalam kawasan Kuala Lumpur (Klang Valley) dikenakan bayaran sebanyak RM10 sahaja.
Permintaan boleh dilakukan selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh penghantaran di mana bayaran deposit dibuat terlebih dahulu melalui Maybank2u atau di kaunter bank berkenaan.
Sebarang maklumat lanjut bolehlah dihantar ke mynatrah@gmail.com
Sekian, salam hormat.
Promosi bulan May 2011
Promosi bulan May 2011. Pakej Catering RM10 (Hanya sekitar Melaka). Pakej mengandungi : 1. Nasi Putih 2. Lauk 3 jenis (Daging masak lemak cili api, Ayam Goreng Berempah, Dalca \ Acar Mentah) 3. Sambal Belacan + Ulam. 4. Buah Oren 5. Air Campuran Sirap dan Oren 6. Khemah (Biasa dan Pengantin) 7. Bubur kacang 8. Pelayan 12 orang Syarat tempahan , jemputan haruslah dalam lingkungan 1000 ke atas. Walau bagaimanapun, lauk boleh diubah mengikut kehendak pelanggan berdasarkan persetujuan bersama.
Monday, June 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment