Promosi bulan May 2011

Promosi bulan May 2011. Pakej Catering RM10 (Hanya sekitar Melaka). Pakej mengandungi : 1. Nasi Putih 2. Lauk 3 jenis (Daging masak lemak cili api, Ayam Goreng Berempah, Dalca \ Acar Mentah) 3. Sambal Belacan + Ulam. 4. Buah Oren 5. Air Campuran Sirap dan Oren 6. Khemah (Biasa dan Pengantin) 7. Bubur kacang 8. Pelayan 12 orang Syarat tempahan , jemputan haruslah dalam lingkungan 1000 ke atas. Walau bagaimanapun, lauk boleh diubah mengikut kehendak pelanggan berdasarkan persetujuan bersama.

Friday, June 13, 2008

Segment baru - Idea Baru


Salam sejahtera dan ketemu lagi,


Pada hari ini terdapat segment baru yang dimasukkan iaitu segment "Rekaan / Idea baru". Segment ini bertujuan untuk memberi pilihan atau memberikan idea kepada bakal-bakal ibu, pengantin dan sesiapa sahaja untuk membuat atau mengubah rekaan sedia ada kepada yang baru. Terdapat beberapa pilihan yang boleh diambil untuk direalisasikan di majlis - majlis keramaian yang bakal diadakan.


Diharap ini dapat membantu mana-mana individu yang berminat dengan gubahan atau rekaan corak baru. antara corak-corak rekaan baru yang dipaparkan ialah sejenis bunga yang bernama "Bunga Sepenuh" (Sila lihat gambar di bawah):




Nama Melayu (Malay Name) : Bunga Sepenuh dari Keluarga AMARYLLIDACEAE atau sama juga dengan LILIACEAE. Nama lain untuk bunga ini ialah Brisbane Lily. Nama saintifiknya ialah Eurycles amboinensis (L.) Lindl. Saiz bunga adalah berukuran 4 cm. Gambar adalah dipinjam dari CS Ooi (http://members.tripod.com/flora-ma/ma/ameua01b.htm). anda boleh merujuk bahan berkaitan di alamat yang diberikan.

Tujuan utama saya mengambil ia sebagai salah satu sumber untuk gubahan ialah kerana keringkasa dan warna bunga tersebut. Ianya sesuai digunakan untuk majlis yang bertemakan warna hijau, putih dan kadang-kala bertemakan warna merah (disuai padan dengan majlis yang diadakan).

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi idea atau rekaan baru silalah emailkan kepada saya at mynatrah@gmail.com

Senyum selalu.

Sekian.

No comments: